Ubi Rebus yang amat sedappp!!

Hmmmm maka sesungguh nya amat rugi lah sesiapa jua yang bernama manusia yang tidak sekali2 diri nya memegang, menggigit, merasa, memakan dan menelan makanan ini!

"UBI REBUS!!"

or

"BOILED TAPIOCA!!"

err bahase2 lain beta tidak tahu yach! sila lah buka kamus masing2, tak pun googling ajer! hehe

Sungguh syahdu dan amatlah sayu tapi puas!! apabila berada di kampung, bangkit saja dari beradu bondaku sudah menyiapkan sarapan untuk anakanda nyer... terlalu banyak jika hendak diuraikan, namun lihatlah... ubi rebus! siapalah yang bisa menahan pujukan sang ubi dan rayuan sang sambal ikan bilis yang amatlah sedap?

Ohhhhh..!! Tiada kata seindah Rasa Ubi Rebus!! oooppss bahasa... ;)












errr yang ni memang tiada berkaitan dengan ubi rebus, namun dia memang 'jejoh' tetap mahu masuk ke dalam blog ini, maka tanpa ingin mengecilkan ahtinya dan semangat 1Malaysia? maka nasik goreng kerabu special ini pun termasuk lah sekali..

semua masakan adalah hasil tangan ibunda tercinta, BiBi Zaiton Bte Ruzi Khan.



- Posted using BlogPress from my iPhone 4

0 comments: