Ubi Rebus yang amat sedappp!!

Hmmmm maka sesungguh nya amat rugi lah sesiapa jua yang bernama manusia yang tidak sekali2 diri nya memegang, menggigit, merasa, memakan dan menelan makanan ini!

"UBI REBUS!!"

or

"BOILED TAPIOCA!!"

err bahase2 lain beta tidak tahu yach! sila lah buka kamus masing2, tak pun googling ajer! hehe

Sungguh syahdu dan amatlah sayu tapi puas!! apabila berada di kampung, bangkit saja dari beradu bondaku sudah menyiapkan sarapan untuk anakanda nyer... terlalu banyak jika hendak diuraikan, namun lihatlah... ubi rebus! siapalah yang bisa menahan pujukan sang ubi dan rayuan sang sambal ikan bilis yang amatlah sedap?

Ohhhhh..!! Tiada kata seindah Rasa Ubi Rebus!! oooppss bahasa... ;)












errr yang ni memang tiada berkaitan dengan ubi rebus, namun dia memang 'jejoh' tetap mahu masuk ke dalam blog ini, maka tanpa ingin mengecilkan ahtinya dan semangat 1Malaysia? maka nasik goreng kerabu special ini pun termasuk lah sekali..

semua masakan adalah hasil tangan ibunda tercinta, BiBi Zaiton Bte Ruzi Khan.



- Posted using BlogPress from my iPhone 4

Solor

aAAAAAaa la ni nak cter skit, sepeninggalan beta semasa berada di kampung halaman tatkala ayahanda beta gering di hospital.... errr salah2.. tatkala ayahanda beta sedang beristirehat di rumah maka beta bersama ibunda telah menurun.. oppsss turun ker pasar rakyat di Kota Tinggi

tatkala sedang berjalan2 'beramah mesra' bersama pengunjung2 pasar rakyat maka beta pun terlihatlah sayuran ini,..

"aduh!! sudah lama sekali beta tidak menjamah sayuran yang amat sedap ini!, bonda2 bolehkah kira nya bonda memasak sayuran ini untuk anakanda?, anakanda rindu sekali masakan bonda"

Bonda beta menjawap, "sudah tentu anakanda ku, akan bonda masakan malam ini, sabar ya anakanada ku.. sabarul minal iman"

Blink! Blink!! tiba2 beta terkenangkan Ustazah yang beta kenal yang seringkala mengatkan 'sabarul minal iman!' :)

...dan pada malam itu bonda telah memasak sayur kegemaran anakanda nya.. dan inilah sayuran nya, beta tidak pasti samaada para rakyat tahu atau tidak sayur ini. Hendak dijamu maka terlalu ramai lah rakyat beta, maka cukuplah sahaja sayugia nya beta saja yang menjamu 'on behalf'... sedappp!!

"Mummy.... oppsss Bondaku I LOVES U!" ;)



- Posted using BlogPress from my iPhone 4