"Setelah menayakan khabar bahawa itu adalah seorang dari Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung Gelam). Apabila ditangkap maka dia bersumpah: "Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya membayar harga keatas kezaliman itu... Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!" Sepantas kilat petanda terus menikam sebilah keris ke arah Tun Jana Khatib! akhirnya dia tersungkur lalu rebah ke bumi."
Singapura Dilanggar Todak!!
Meaning, bukanlah Singapura itu dilanggar macam dilanggar ngan kerete kan? almaklumlah... kalu sesaper yang tak tau tuh, Todak ni slim jer... kecik comey... mcm ikan ziera, tiadalah pula ianya sesihat ikan hairnie alkisah serupa dan seakan akan ikan paus itu juga lah adanya.
Morale of the story? ikan yang gemuk akan slim juga se-slim ikan todak apabila tiba masanyer. Tapi tak tau lah kan manalah tau kalu makanan ikan banyak sangat.. rezeki nak datang kan? hehe
Singapura Dilanggar Todak!!
Back to the topic...
Singapura ditimpa bencana disebabkan Raja ataupun Ketua yang memerintah namun tidak mengamalkan sistem pemerintahan yang adil, sentiasa berat sebelah dan membuat keputusan yang tidak relevan... hopefully tak berlaku lagi lah kan? tak salah berharap..
Berhenti Berharap,
...aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta kudapat
sampai nanti suatu saat
tak ada cinta kudapat
kenapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan...
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan...
Maka tersebutlah kisah tatkala hamba bersama dengan dayangS (plural.. sebab ramai!) :) sedang membuat lawatan rasmi ke pontoon maka dayangS terserempak lah dengan segerombolan ikan-ikan todak yang lemah gemalai (todak betina.. tapi tak tau lah kalu ada todak auww.. auww!! haha ada kar?) dan ada juga todak yang tak lekang mempamerkan kemachoan nya... namun disebabkan todak hanyalah ikan maka tiadalah yang termakan dek godaan nya... except dayangS ambe ni begitu taksub sekali dengan perbarisan-perbarisan oleh sang todak ini...!!
adakah patut? dayangS ambe ini menyuruh ambe mengambil ikan todak yang sedang berenang renang ke tepian (pontoon) ini..
"Hi lah dayangS, hang ingat ikan ini boleh dipanggil-panggil seperti kucing kar? pusss... pusss...", aduhh dayangS, kucing pun kalu dipanggil kalu setakat ikan mentah tak pandang dah...!!
Maka sayugia dinyatakan, maka ambe pun tersangkutlah bersama dayangS, tak dilayan nanti merajuk susah ambe.. uhuk..uhuk..hhaAAAcChumm.!. cChuM!! oppss!!
## dan untuk sesiapa yang rajin untuk membaca cerita yang sebenarnya? layannn... zzaasss!!!
Mengikut cerita orang Melayu Singapura. Pada suatu hari ada seorang pedagang dan ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura untuk melakukan kehidupan baru disamping berdagang. Ketika di Singapura dia sangat disengani oleh rakyat Singapura kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di samping melakukan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh penduduk-penduduk tempatan.
Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu disebelah istanaRaja Singapura. Pemaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang sedang berdiri di sebatang pokok pinang itu. Tun Jana Khatib menerung mata lalu memegang tangan ke arah pokok pinang. Pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke tanah! Pemaisuri raja terkejut melihat keajaiban pokok pinang itu! Kemudian Tun Jana Khatib telah pun beredar. Raja Singapura sendiri pula bertanya kepada pemaisuri dan terkejut melihat pokok pinang yang terbelah dua.
Setelah menayakan khabar bahawa itu adalah seorang dari Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung Gelam). Apabila ditangkap maka dia bersumpah: "Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya membayar harga keatas kezaliman itu... Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!" Sepantas kilat petanda terus menikam sebilah keris ke arah Tun Jana Khatib! akhirnya dia tersungkur lalu rebah ke bumi.
Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan, ada yang tidak kena pada jenazah Tun Jana Khatib. Dia tiba-tiba ghaib tapi darahnya masih ada dan ke mana dia pergi? Berberapa minit kemudian ribut petir menggemparkan Singapura dan disusuli dengan dentuman kuat! Rakyat terus lari menyelamatkan diri dan pergi ke tempat kejadian semula. Orang ramai mula gempar darah Tun Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai tidak lain tak bukan itu Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba.
Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kesaktian Tun Jana Khatib, bunyinya:
- Telur Itik di Singgora,
- Pandan terletak dilangkahi;
- Darah titik di Singapura,
- Badannya terlantar di Langkawi.
- Telur Itik di Singgora,
Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang di situ mula lari ke tengah daratan. Berberapa ekor ikan todakmula menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi ada yang orang yang tersungkur kerana ditikam seekor ikan todak. Seorang demi seorang tersungkur dan ikan todak yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu turut memeranjatkan Raja Singapura kerana ramai bilangan rakyat di situ telah terkorban. Sepantas kilat, Raja Singapura segera mengarahkan pengawalnya menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian.
Di kawasan pantai yang banyak mayat di situ terdampar tiada cara lain yang baginda buat. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu terus ke tepi pantai berbaris untuk dijadikan betis masing-masing. Namun usahanya gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang takut dan tiada harapan lagi kerana selagi gus takut dimurkai oleh Raja Singapura sebagai penderhaka kepada raja. Maka ada seorang budak yang berusia 10 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Dia terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Raja Singapura terus mengemukakan cadangan lain kepada Hang Nadim. Maka ada cadangan yang baik bahawa elok kita bariskan batang pisang untuk kita jadikan kubu. Akhirnya baginda mengarahkan orang yang ada di situ terus meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang untuk dijadikan kubu. Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.
Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak yang durjana itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk penerimaan anugerah kepadanya.
Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar tidak suka dengan Hang Nadim kerana apabila dah besar nanti dia akan merampas kuasa baginda dan akan memerintah Singapura pada suatu hari nanti. Raja Singapura telah mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan tetapi ada yang tidak kena apabila pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi tegang apabila dia bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman. Tanpa berlengah masa lagi baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan hukuman bunuh ke atas budak itu. Anak kecil mula menjerit kesakitan apabila ditikam oleh sebilah keris lalu mati. Begitulah tadi cerita Singapura Dilanggar Todak.